Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia kesan tujuh kereta mewah dipandu secara berbahaya

Kereta mewah berdaftar Singapura yang berkonvoi didapati memandu secara berbahaya di Kota Tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia kesan tujuh kereta mewah dipandu secara berbahaya

Lambang Polis Diraja Malaysia. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

KOTA TINGGI: Polis Malaysia sedang mengesan tujuh pemandu kereta mewah bernombor pendaftaran asing yang didapati memandu dan memotong secara berbahaya di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi menghala Bandar Penawar, pada Ahad lalu (17 Jul).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata polis mengesan rakaman video sekumpulan kereta mewah yang sedang berkonvoi itu di laman Facebook kira-kira pukul 8.55 malam.

"Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan ini untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa (19 Jul).

Beliau turut menyenaraikan nombor pendaftaran dan warna kereta mewah yang terlibat dalam kejadian berkenaan iaitu SLW3839P berwarna kuning, EN403M (putih), SKH3888M (merah), SMG80C (merah), SBA479Z (hitam), SMZ986P (kuning) dan SNF19A (putih).

Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN166/59 bagi kesalahan memotong secara berbahaya. 

Supt Hussin turut menasihatkan orang ramai agar lebih bersabar dalam pemanduan dan menjadi pemandu berhemah tanpa melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, dua video berdurasi 1 minit 17 saat dan 1 minit 58 saat tular di media sosial menunjukkan rakaman sekumpulan tujuh kereta mewah berkonvoi dan memotong kenderaan lain sehingga mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan