Skip to main content

Dunia

Polis M'sia kerah helikopter kesan 111 pelarian Rohingya masih hilang

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan sebuah helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi mengoptimumkan lagi mod mengesan baki tahanan orang Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam (20 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan sebuah helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi mengoptimumkan lagi mod mengesan baki tahanan orang Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam (20 Apr). 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali berkata helikopter Unit Udara PDRM itu digerakkan ke kawasan pencarian pada Khamis bagi memudahkan pencarian, yang kini diperluaskan dari semasa ke semasa bergantung kepada maklumat risikan polis. 

"Ketika ini, polis sedang mengumpul lebih banyak maklumat menerusi perbincangan bersama Ketua Polis Kontinjen tiga negeri terlibat iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa sama, keanggotaan pasukan pencarian, yang melibatkan Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Gerakan Am (PGA), juga mungkin ditambah bergantung kepada keperluan semasa.

Dalam kejadian awal pagi Rabu, 528 warga asing terdiri daripada orang Rohingya, yang merupakan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, melarikan diri.

Setakat ini, seramai 111 pelarian belum dijumpai.
 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita