Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia jangka 2 juta kenderaan masuk Johor sempena Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dengan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menjangkakan kesesakan luar biasa berlaku terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

"Sebanyak 47 tempat yang kita jangkakan berlaku kesesakan dan 'hotspot' untuk kemalangan, kita ada 27 tempat yang telah dikenal pasti daripada kajian kita.

"Seramai 700 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di lokasi titik panas," katanya kepada wartawan pada Jumaat malam (14 Apr) selepas meninjau program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling di Johor Bahru. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan