Polis M'sia cari suspek baling batu ke arah ibu pejabat PAS
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Parti Islam Se-Malaysia Pusat )
KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara Malaysia Razarudin Husain mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, dibaling batu oleh seorang lelaki tidak dikenali mengakibatkan dinding kacanya pecah.
Encik Razarudin berkata kejadian berlaku pada 5.30 pagi Sabtu (29 Jul) dan polis giat mengesan suspek terlibat dengan dibantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Dalam kejadian itu, suspek yang menaiki motosikal telah membuat bising sebelum bertindak membaling batu ke dinding kaca pejabat berkenaan. Perkara itu dilihat oleh pengawal yang bertugas di bangunan itu.
“Polis sedang mengesan suspek terlibat, Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan dapat menjejakinya,” katanya dalam sidang media khas mengenai Ops Cantas sempena PRN di Bukit Aman pada Sabtu.
Polis, katanya sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi membantu usaha mengenal pasti individu berkenaan.
Menurutnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat.
Pagi tadi, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.