Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia buka 28 kertas siasatan pelbagai kesalahan berkaitan PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia buka 28 kertas siasatan pelbagai kesalahan berkaitan PRU15

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hazani Ghazali. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Nov 2022 04:24PM Dikemas Kini : 18 Nov 2022 04:25PM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 28 kertas siasatan melibatkan pelbagai kes kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara pada Khamis (17 Nov).

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Hazani Ghazali berkata lima kertas siasatan di Kedah, Johor (empat), Pahang (empat), Sabah (tiga), Selangor (tiga), Kuala Lumpur (dua), Kelantan (dua) manakala Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang masing-masing satu kertas siasatan.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata PDRM turut menahan seorang wanita di Kota Setar, Kedah kerana disyaki mencabut bendera parti politik yang dipasang di atas jambatan Alor Semadom.

Selain itu, PDRM turut mengeluarkan sebanyak 1,907 permit ceramah PRU15 pada Khamis, katanya dalam kenyataan pada Jumaat (18 Nov).

Permit berkenaan melibatkan 312 permit di Sabah, Sarawak (271), Perak (188), Johor (172), Kedah (149), Kelantan (147), Selangor (142), Terengganu (141), Pahang (126), Negeri Sembilan (90), Melaka (67), Pulau Pinang (48), Perlis (28) dan Kuala Lumpur (26).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan