Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia bersedia kerahkan anggota tambahan bagi hadapi banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia bersedia kerahkan anggota tambahan bagi hadapi banjir

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) melihat peta lokasi banjir di kawasan daerah Batu Pahat yang melibatkan kawasan Sri Medan dan Yong Peng. (Gambar: BERNAMA)

BATU PAHAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerahkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir, terutamanya di Johor serta Sabah.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun buat masa ini, belum ada keperluan untuk mengerahkan anggota tambahan kerana keupayaan pegawai dan anggota polis di peringkat daerah yang terjejas masih mencukupi.

Beliau berkata pihaknya akan terlebih dahulu mengatur gerak anggota di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sebelum bantuan dari Bukit Aman dikerahkan.

“Setakat ini kita lihat daripada keseluruhan laporan bencana, hanya Johor dan Sabah sahaja terlibat banjir. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sudah semakin berkurangan,” katanya kepada wartawan selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Sri Medan, Batu Pahat, pada Ahad (29 Jan). 

Mengulas lanjut, Encik Acryl Sani berkata setakat ini, PDRM sudahpun menerima beberapa bot baru, khusus bagi kegunaan dalam bencana banjir kali ini, terutamanya dalam membantu agensi lain memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas.

Selain itu, kata beliau, bot berkenaan juga digunakan khusus untuk tujuan rondaan keselamatan di kawasan penempatan yang ditenggelami banjir.

“Jika ada keperluan tambahan penggunaan bot di kawasan terjejas banjir, kita akan membuat permohonan dengan kerajaan. Namun setakat ini, apa yang kita nampak keperluan berkenaan masih mencukupi.

“Seperti yang kita perhatikan, keadaan di beberapa tempat sudah bertambah baik dan berharap tiada lagi hujan yang berterusan sehingga menyebabkan kejadian banjir,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan