Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Mexico temui 45 beg berisi mayat

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Mexico temui 45 beg berisi mayat

Penyiasat sedang mencari tujuh pekerja yang dilaporkan hilang apabila mereka menemukan 45 beg berisi keratan anggota badan manusia. (Gambar: Pejabat Pendakwa Raya Jalisco menerusi NBC News)

MEXICO: Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico, Guadalajara, semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang.

Pejabat pendakwa negeri Jalisco berkata pegawai tempatan sedang menyiasat kehilangan tujuh pekerja pusat panggilan dari dua ladang di kawasan Zapopan, apabila mereka menemukan beg pertama yang mengandungi keratan anggota badan manusia, pada Selasa (30 Mei).

Mangsa terdiri lelaki dan wanita dan beg yang berisi keratan anggota badan mereka dibuang ke dalam gaung sedalam 40 meter.

Pihak berkuasa berkata belum dapat dipastikan sama ada mayat yang ditemukan itu milik pekerja yang hilang minggu lalu dan akan meneruskan siasatan di tapak itu sehingga semua mayat ditemukan.

Setakat ini 45 beg ditemukan.

Mexico dibelenggu keganasan yang meruncing sejak perang dadah tercetus pada hujung 2006.

Menurut perangkaan rasmi pada 2022, seramai 31,936 orang terbunuh di Mexico yang mempunyai penduduk kira-kira 126 juta.

Sebahagian besar keganasan di negara ini melibatkan kartel dan kumpulan samseng, dengan beberapa daripadanya mempunyai kaitan dengan pasukan keselamatan. Kebanyakan jenayah juga tidak dapat dihuraikan di Mexico.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan