Skip to main content

Dunia

Polis Malaysia tunggu maklum balas SG, Amerika untuk bawa pulang aset bekas peguam 1MDB

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Malaysia tunggu maklum balas SG, Amerika untuk bawa pulang aset bekas peguam 1MDB

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Oct 2023 12:00PM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat untuk membawa pulang aset bernilai RM93.2 juta (S$27 juta) milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan sudah dihantar kepada pihak berkuasa negara-negara terlibat, lapor Astro Awani.

"Permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan datang daripada Jasmin Loo dan setakat ini respons yang kami terima daripada pihak berkuasa di sana sangat baik," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kapcai Ride Anti Scam JSJK di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Khamis (12 Okt).

Jasmin Loo, 49 tahun, dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB. Wanita tersebut ditahan pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, Encik Ramli berkata, siasatan masih diperingkat awal.

"Kita telah menjalankan siasatan, namun ia masih di peringkat awal," katanya.

Media tempatan pada Sabtu (7 Okt) lalu melaporkan, Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat, kerana membantu menggelapkan berbillion dollar dana 1MDB, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Roger Ng dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas PDRM bagi membantu siasatan pihak berkuasa Malaysia, berkaitan 1MDB.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita