Polis Malaysia tangkap bekas peserta rancangan komedi berhubung kes rogol
Polis Malaysia telah menahan seorang bekas peserta program realiti komedi terbitan sebuah stesen televisyen berbayar tempatan pada Khamis (28 Nov) kerana dipercayai merogol seorang wanita dalam lingkungan usia 20an tahun.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek berumur lingkungan 40-an itu, yang kini direman hingga 2 Disember bagi membantu siasatan.
“Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan sebatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.