Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Malaysia siasat wanita tempatan dakwa diri Imam Mahdi

Anggaran Waktu Membaca:
KUANTAN: Polis Malaysia sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam (21 Mei). 

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.

Supt Zukri Muhammad berkata, semakan juga mendapati ibu kepada tiga cahaya mata itu mempunyai rekod perubatan sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak November tahun lalu. 

"Suspek masih lagi menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan akan diteruskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu (22 Mei). 

Catatan mengenai dakwaan wanita terbabit tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan