Polis Malaysia siasat catatan FB berkaitan TMJ
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/HRH Crown Prince of Johor)
JOHOR BAHRU: Polis Malaysia menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu catatan Facebook Kelab Penyokong PAS Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Ibrahim dalam tuduhan rasuah terhadap individu.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata, catatan tersebut mendakwa Tunku Mahkota Ismail mengatakan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Zamri Zainul Abidin, meminta rasuah berjumlah RM20 juta (S$5.8 juta) daripada Qatar Holdings, pada 28 Januari tahun lepas.
Encik Kumar berkata laporan berhubung dakwaan itu dibuat di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi kira-kira pukul 4.05 petang, Sabtu (29 Jun).
"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Ahad (30 Jun).
Beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membuat hantaran, menularkan ataupun berkongsi maklumat berbaur hasutan, fitnah dan palsu sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Pada Sabtu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata Johor melihat isu itu sebagai satu cubaan hasutan jahat dalam menjatuhkan institusi diraja dan kerajaan negeri telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.