Polis Malaysia serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung komen Muhyiddin sentuh isu raja, agama & kaum
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Muhyiddin Yassin/Facebook
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi parti Perikatan Nasional PN yang membangkang, Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Rabu (21 Ogos) untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.
“Polis juga telah merakam keterangan daripada Encik Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan.

"Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Sementara itu, Encik Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.
Encik Muhyiddin berkata dokumen berkenaan diserahkan ketika polis mengambil keterangannya di pejabat mantan perdana menteri itu di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) kira-kira jam 11.00 pada Rabu.
Encik Muhyiddin didakwa mengeluarkan ucapan yang mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Tindakan itu membangkitkan kemurkaan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang bertitah mahu polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.