Polis Malaysia sahkan 1 lagi warga asing maut; jatuh di KLIA Terminal 2
Polis mengesahkan satu lagi kejadian melibatkan warga asing yang maut setelah jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA T2), pada Jumaat malam (1 Mei).
Polis mengesahkan kejadian kedua melibatkan warga asing yang maut di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. (Gambar fail: Bernama)
Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian pada sekitar pukul 9.10 malam itu, seorang lelaki warga Algeria berusia 30 tahun, dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni terminal berkenaan.
Beliau berkata pasukan perubatan memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.55 pagi tadi, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA menerusi talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.