Polis Malaysia rampas produk kecantikan Thailand bernilai lebih RM90,000
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Briged Tenggara PGA Rasmi/Facebook)
KOTA BHARU: Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM94,500 (S$28,900) di pangkalan haram Jitong, Pasir Mas pada Jumaat (11 Okt).
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 (PGA8) pada pukul 5.30 petang itu ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Beliau berkata ketika melakukan rondaan, para anggotanya ternampak pintu sebuah stor dalam keadaan terbuka berdekatan pangkalan haram berkenaan.
Susulan itu, para anggotanya menjalankan pemeriksaan dan menemui beberapa kotak berisi produk kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand di dalam stor itu.
“Ketika pemeriksaan tiada sesiapa di kawasan stor dan dipercayai kesemua produk itu adalah untuk pasaran tempatan, manakala kesemua barangan kosmetik itu kemudiannya diserahkan kepada Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (12 Okt).

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.