Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Malaysia rampas mercun, bunga api dan rokok bernilai lebih RM45 juta

Di Malaysia, polis menumpaskan kegiatan penyimpanan serta penjualan mercun dan bunga api tanpa permit serta rokok yang tidak dibayar cukai dalam dua serbuan berasingan di Selangor.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Malaysia rampas mercun, bunga api dan rokok bernilai lebih RM45 juta

Mercun, bunga api dan rokok bernilai lebih RM45 juta (S$13.57 juta) dirampas dalam dua serbuan berasingan. (Gambar: Polis Diraja Malaysia)

Diterbitkan : 08 Mar 2025 09:47AM Dikemas Kini : 08 Mar 2025 11:39AM
KUALA LUMPUR: Di Malaysia, polis menumpaskan kegiatan penyimpanan serta penjualan mercun dan bunga api tanpa permit serta rokok yang tidak dibayar cukai dalam dua serbuan berasingan di Selangor.

Serbuan terbabit melibatkan rampasan bernilai lebih RM45 juta (S$13.57 juta).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Azmi Abu Kassim, berkata serbuan pertama menerusi Op Taring Charlie di Kapar, Klang pada Khamis (6 Mac) menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit bernilai lebih RM32 juta ($S9.65 juta).

Menurut Encik Azmi, seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun dipercayai bertanggungjawab telah ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Barangan yang telah dirampas adalah 25,480 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis, sebuah kontena bersaiz 40 kaki dan sebuah lori tiga tan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.

Encik Azmi turut berkata dalam serbuan kedua menerusi Op Taring Alpha di Bukit Sentosa, Rawang pada Jumaat, pihaknya merampas rokok yang tidak dibayar cukai bernilai lebih RM12 juta (S$3.62 juta)

Seorang lelaki berusia 46 tahun, juga warga Malaysia, yang bertindak sebagai penjaga premis serta penghantar barangan diberkas.

Kata beliau, sebanyak 27,100 karton rokok putih pelbagai jenis dan 4,560 karton rokok kretek pelbagai jenis, selain sebuah van dirampas dalam serbuan itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Menurut Encik Azmi, pihaknya menerusi Biro Jenayah Hidupan Liar dan Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) telah melaksanakan 69 serbuan di seluruh negara tahun ini serta menahan 107 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan yang tidak dibayar cukai, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penjualan senjata tiruan, penyeludupan hidupan liar dan operasi e-sisa dengan nilai rampasan RM370 juta (S$111.56 juta).
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan