Polis Malaysia rampas 1,145 kasut Vern’s didakwa guna logo mirip kalimah Allah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Vern's/Facebook
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain memberitahu rampasan itu telah dilakukan di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah manakala siasatan masih diteruskan.
Katanya, buat masa ini tiada tangkapan dibuat, dipetik daripada Astro Awani.
"Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jaim) untuk melihat adakah (kasut) itu dia punya model atau adakah ia khat iaitu melambangkan khat tulisan Allah.
"Kita akan minta Jakim untuk bantu kita, siasatan kita akan teruskan lagi," katanya, lapor Astro Awani.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman antara Mohd Azman Ahmad Sapri kepada timbalannya, Mohd Nasri Omar yang akan memangku jawatan itu.
Dalam pada itu, pihaknya akan memanggil pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd untuk membantu siasatan, menurut Astro Awani.
Katanya, sehingga kini, PDRM menerima lapan laporan mengenai isu logo kasut tumit tinggi yang memaparkan logo mirip kalimah Allah pada tapaknya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.