Polis Malaysia perketat kawalan sempadan dengan Thailand susuli insiden letupan bom
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Polis Negara Razarudin Husain di sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Sep 2024. (Gambar: BERNAMA)
KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand pada Sabtu (8 Mac).
Ketua Polis Negara Malaysia Razarudin Husain berkata PDRM sentiasa memantau perkembangan di wilayah Narathiwat dan kawalan ketat telah dikuatkuasakan serta-merta sehingga situasi disahkan selamat.
Beliau berkata operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan telah diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memperketat kawalan di pos PGA serta sepanjang Sungai Golok bagi mencegah kemasukan elemen tidak diingini ke Malaysia.
“Selain itu, pasukan Strike Force Kompeni dan Risik Batalion turut diarahkan mempergiat rondaan di pangkalan haram serta kawasan ‘hotspot’ di sepanjang Sungai Golok,” katanya kepada Bernama pada Ahad (9 Mac).
Encik Razarudin menegaskan bahawa PDRM sedang memantau keselamatan pos dan petugas secara 24 jam sebagai langkah keselamatan tambahan.
Beliau berkata insiden letupan bom di hadapan stadium Pekan Sungai Golok itu berlaku kira-kira pukul 6.25 petang (waktu tempatan Thailand) pada Sabtu (8 Mac) selepas waktu berbuka puasa.
"Sehingga kini, jumlah kematian dan kecederaan akibat kejadian berkenaan masih belum dapat dipastikan," katanya.
Pada Sabtu, Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok.
Polis Thailand sebelum ini menyatakan berlaku letupan di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi.
Beberapa tembakan dilepaskan oleh sekumpulan penyerang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan Thailand maut manakala lapan lagi cedera.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.