Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Malaysia ketatkan kawalan, jumlah pegawai & rondaan di KLIA susuli kes tembakan

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Malaysia ketatkan kawalan, jumlah pegawai & rondaan di KLIA susuli kes tembakan

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 19 Apr 2024 10:29PM Dikemas Kini : 19 Apr 2024 10:32PM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lalu (16 Apr).

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kawalan keselamatan dan pemantauan pada masa ini membabitkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Beliau berkata bagi penugasan di Terminal 1 seramai 23 pegawai dan anggota akan bertugas, manakala di Terminal 2 sejumlah 14 pegawai dan anggota ditempatkan dengan penggiliran sebanyak tiga syif sehari.

Penugasan dilakukan secara 'prowler' atau rondaan akan dilaksanakan di lapan pintu masuk dan keluar di Balai Pelepasan serta Balai Ketibaan di Terminal 1 dan 2.

"Peningkatan kawalan keselamatan dan rondaan pemantauan ini ialah satu bentuk komitmen PDRM dalam menghadapi sebarang kemungkinan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di pintu masuk utama ke Malaysia terjamin.

"Dua anggota IPD KLIA akan bertugas di setiap aras membabitkan aras ketibaan di tingkat 3 dan aras pelepasan di tingkat 5 Terminal 1 dan konsep penugasan bersesuaian dengan anggota beruniform lengkap bersenjata SMG HK MP5.

"Anggota IPD KLIA akan berpasangan dengan anggota PGA yang memakai seragam penuh operasi lengkap berserta beret, body armor dan senjata utama serta senjata kedua," katanya ketika dihubungi pada Jumaat (19 Apr).

Mengulas lanjut, Encik Razarudin berkata langkah tersebut adalah sebahagian daripada penambahbaikan PDRM bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan PDRM.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada Ahad lalu (14 Apr), seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi isterinya dalam kejadian di Balai Ketibaan Terminal 1.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan