Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Malaysia keluarkan amaran terhadap ketegangan etnik di media sosial

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia mengeluarkan amaran kepada para pengguna media sosial supaya jangan memuat naik sebarang kandungan provokatif mengenai kaum dan agama selepas negara itu selesai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu (19 Nov) yang berakhir dengan parlimen tergantung.

Dua gabungan utama sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada parti-parti lain untuk membentuk kerajaan: Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Encik Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin.

Amaran polis itu dikeluarkan setelah naratif berasaskan kaum menguasai perbincangan politik di media sosial semasa dan selepas pilihan raya diadakan, menurut Centre for Independent Journalism yang memantau ucapan berbaur kebencian online.

Menurut polis, pihaknya mengesan kandungan media sosial yang membangkitkan sentimen-sentimen berbaur perkauman dan agama yang turut menghina Yang di-Pertuan Agong menyusuli PRU15.

Para pengguna media sosial di Malaysia melaporkan pada Isnin (21 Nov) mengenai sejumlah catatan dan video yang dimuat naik ke TikTok tentang rusuhan kaum yang pernah berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan