Polis Malaysia berkas lelaki terkait panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
IPOH: Polis menahan seorang lelaki berhubung panggilan bom palsu di pusat beli-belah Aeon Mall di Klebang, petang Rabu (24 Ogos).
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, suspek seorang warga tempatan berusia 38 tahun, ditahan di sebuah rumah di Tasek, kira-kira jam 9.30 malam, lima jam selepas pihaknya menerima aduan.

Menurutnya, suspek dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan ancaman bom kepada pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.
“Ia berdasarkan kepada pengakuan dan keterangan-keterangan yang dikumpulkan, termasuk peranti komunikasi yang digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu tersebut,” katanya pada Khamis (24 Ogos), lapor Astro Awani.
Menurutnya lagi, suspek akan direman pada Khamis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Encik Yahaya berkata, kira-kira jam 4.50 petang pada Rabu, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja pusat beli-belah itu mengenai ancaman bom di dalam premis, menurut Astro Awani.
Susulan itu, katanya, pemeriksaan menyeluruh dibuat di dalam bangunan terbabit dengan bantuan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.
Tambahnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati, tiada sebarang objek meragukan ditemui.
Selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan tersebut pada 10.30 malam pada Rabu.
Encik Yahaya berkata, dengan tertangkapnya suspek tersebut, pihaknya percaya kes itu berjaya diselesaikan.
Beliau memberi amaran keras kepada orang ramai supaya jangan membuat panggilan ancaman bom palsu sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan ketakutan dan menggugat ketenteraman awam.
Sementara itu, pengurusan AEON Mall Klebang dalam kenyataannya pada Rabu malam menyatakan, selepas pengesahan keselamatan daripada pihak berkuasa, mereka akan beroperasi semula seperti biasa mulai 10.00 pagi Khamis.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.