Skip to main content

Dunia

Polis Malaysia bekerjasama dengan FBI, Interpol tangani ancaman bom palsu

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Malaysia bekerjasama dengan FBI, Interpol tangani ancaman bom palsu

(Gambar: PDRM)

Diterbitkan : 24 Nov 2023 12:48PM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Federal Amerika (FBI) dan Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan kes ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes itu turut membabitkan jenayah siber, lapor Sinar Harian.

"Siasatan masih diteruskan dan dalam tindakan kerjasama dari negara Jamaica, Trinidad, Tobago serta FBI dan Interpol untuk mengesan pautan emel ancaman terbabit.

"Siasatan juga dijalankan untuk kenal pasti motif selain usaha untuk kesan suspek," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Jumaat (24 Nov).

Beliau berkata, berdasarkan laporan polis dibuat, kesemua emel dihantar oleh penghantar dengan domain sama iaitu 'beeble.com' menggunakan nama 'Taktstorer' iaitu bahasa Jerman yang membawa maksud pengganggu ketenteraman.

Polis melaksanakan pemantauan di sekolah sekitar Subang Jaya, Selangor susulan ancaman bom palsu yang diterima baru-baru ini.

Polis melaksanakan pemantauan di sekolah di sekitar Subang Jaya, Selangor susulan ancaman bom palsu yang diterima baru-baru ini, seperti dipetik laopran Sinar Harian.

Katanya, 'beeble.com' merupakan penyedia emel privet khidmat penyulitan yang disediakan oleh Sikneco Technologies LTD dan didaftarkan di Republik Cyprus.

Mengulas lanjut, Encik Mohd Shuhaily berkata, setakat ini, pihaknya menerima 51 laporan di seluruh negara berkaitan kes berkenaan dan 10 kertas siasatan dibuka.

Menurutnya, laporan polis diterima di sembilan negeri membabitkan 32 sekolah antarabangsa, swasta (15) dan bantuan kerajaan (4).

"Jumlah laporan tertinggi diterima di Selangor iaitu 18 kes, Kuala Lumpur (7), Johor (6), Sarawak (5) dan Pulau Pinang (4), Negeri Sembilan (3), Perak (3), Kedah (3) serta Sabah merekodkan dua kes," ujarnya.

Tambahnya, penambahan jumlah laporan itu berkemungkinan penerima atau pihak sekolah lewat membaca emel ancaman bom palsu tersebut berikutan siasatan polis mendapati emel berkenaan disebarkan pada waktu sama.

"Kita memandang serius perkara ini, PDRM akan memantau keselamatan setiap sekolah yang menerima ancaman tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita