Skip to main content

Dunia

Polis Malaysia ambil keterangan Dr Mahathir kerana tuduh masyarakat India masih tidak setia

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Polis dijangka mengambil keterangan Dr Mahathir Mohamad pada Selasa (23 Jan), berhubung kenyataannya bahawa masyarakat India di negara itu masih tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia

Difahamkan, beberapa pegawai dari Bukit Aman akan merekodkan percakapan mantan Perdana Menteri itu di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada jam 11.00 pagi.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara tersebut kerana masih 'terikat' dengan negara asal mereka, dipetik daripada BH Online.
Kenyataan Dr Mahathir itu dikritik beberapa pemimpin politik dan aktivis di Malaysia.

Menurut laporan BH Online, Perdana Menteri Anwar Ibrahim malah, turut mengecam dan menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Beliau diketahui mengeluarkan kenyataan sedemikian, baginya, semua orang Melayu malas, kecuali dirinya sendiri. Dan orang India dan Cina Malaysia tidak setia melainkan jika mereka adalah kroninya," katanya seperti dilaporkan BH Online.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita