Skip to main content

Dunia

Polis Makkah tangkap dua warga Mesir kerana promosikan pakej haji palsu menerusi media sosial

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Polis Makkah menangkap dua warga Mesir kerana mempromosikan pakej haji palsu menerusi media sosial, menurut Agensi Saudi Press, pada Sabtu(1 Jun)

Pakej haji palsu itu menjanjikan penginapan, pengangkutan dan ibadah korban untuk para jemaah.

Pihak berkuasa Saudi membuat penangkapan itu dan mengambil tindakan undang-undang dengan merujukkan para pesalah kepada pihak pendakwaraya.

Sejajar dengan itu, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar kekal berwaspada dan menjauhi iklan-iklan online yang mencurigakan.

Iklan-iklan tersebut mungkin menawarkan khidmat haji seperti badal haji dan pembahagian daging korban, penjualan gelang haji atau khidmat pengangkutan.

Namun sebenarnya semua itu adalah skim penipuan yang melibatkan individu yang bertujuan menipu para jemaah, SPA menambah.

Pihak berkuasa Saudi juga memberi amaran, individu yang didapati terlibat dalam kegiatan tidak sah
akan diambil tindakan undang-undang.

Untuk memastikan keselamatan dan pengalaman haji yang sah, pihak berkuasa Saudi

orang ramai agar mematuhi peraturan haji yang diperkenalkan.

Menurut laporan Arab News, orang ramai juga dinasihatkan agar melaporkan sebarang pelanggaran peraturan kepada pihak berkuasa Saudi.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita