Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia: Tiada wang pampasan dibayar bagi bebaskan 4 tebusan Abu Sayyaf

Ketua Polis Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang pampasan dibayar untuk membebaskan keempat-empat rakyat negara itu yang sejak bulan April lalu ditahan Abu Sayyaf.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia: Tiada wang pampasan dibayar bagi bebaskan 4 tebusan Abu Sayyaf

Gambar empat rakyat Malaysia yang menjadi tebusan Abu Sayyaf.

Diterbitkan : 09 Jun 2016 03:32PM Dikemas Kini : 09 Jun 2016 03:44PM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang pampasan dibayar untuk membebaskan keempat-empat rakyat negara itu yang sejak bulan April lalu ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf.

Keempat-empat tebusan dibebaskan dari Selatan Filipina dan dibawa pulang ke Sabah oleh "pasukan khas dari pasukan polis Malaysia" setelah usaha-usaha rundingan dijalankan.

"Mereka kini berada di Sandakan supaya pasukan perubatan boleh menjalankan pemeriksaan ke atas mereka," kata Encik Khalid Abu Bakar di sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini (9 Jun).

"Hari ini mereka pulang ke Kota Kinabalu. Daripada gambar-gambar yang ada, mereka nampak sihat, kesemua mereka kelihatan sihat," tambah beliau.

Encik Khalid bagaimanapun "enggan mengulas" bagaimana mereka dapat dibebaskan namun apabila ditanya, beliau bersetuju bahawa penggantungan dagangan barangan mungkin membantu.

"Saya yakin itulah salah satu sebabnya," kata Encik Khalid.

Laman The Star Online melaporkan bahawa larangan perdagangan barangan selama dua bulan antara Sabah dengan Selatan Filipina, yang dikuat kuasa oleh Malaysia pada bulan April lalu menambahkan lagi tekanan terhadap para militan tersebut.

Ia menukil seorang aktivis anti-penculikan pulau Jolo, Profesor Octavio Dinampo, yang berkata masyarakat tempatan memberi tekanan kepada para militan supaya membebaskan anak-anak kapal bot tunda berkenaan memandangkan harga barangan asas melonjak sejak penggantungan itu dikuatkuasakan.

Namun, masih belum jelas sama ada terdapat sebarang pampasan dibayar sendiri oleh anggota keluarga mangsa yang terdesak, yang sebelum ini cuba mengumpulkan dana atas tujuan itu.

Apabila ditanya sama ada anggota keluarga mangsa ada membayar pampasan belilau menjawab: "Saya tidak begitu pasti mengenai hal ini".

Sumber : CNA/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa