Skip to main content

Dunia

Polis M'sia terima 6 aduan kes cabul OKU libatkan paderi warga asing

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima enam aduan melibatkan seorang paderi warga Korea yang didakwa mencabul lima lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu pada bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia terima 6 aduan kes cabul OKU libatkan paderi warga asing

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 18 Dec 2020 09:21AM Dikemas Kini : 18 Dec 2020 09:25AM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima enam aduan melibatkan seorang paderi warga Korea yang didakwa mencabul lima lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu pada bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata lima kertas siasatan dibuka di Pulau Pinang manakala satu di Selangor berhubung pelibatan suspek lelaki itu dalam kejadian cabul, yang didakwa berlaku antara 2011 hingga 2016.

Beliau berkata suspek berusia 54 tahun itu kini direman enam hari sejak 13 Dis bersabit aduan polis di Petaling Jaya, Selangor untuk siasatan lanjut.

Dalam satu kenyataan pada Khamis malam (17 Dis) beliau berkata suspek sebelum ini direman dari 24 hingga 30 Nov lalu setelah aduan dibuat OKU berumur antara 27 hingga 40 tahun, yang lambat membuat aduan berhubung kejadian yang menimpa mereka.

Pada 24 Nov lalu, Bernama melaporkan polis menahan seorang paderi warga Korea bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan beberapa mangsa lelaki OKU di Pulau Pinang.

Suspek yang juga seorang OKU ditahan di sebuah gereja di Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam, 23 Nov selepas aduan polis diterima termasuk daripada beberapa mangsa di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita