Polis M'sia tahan wanita warga Indonesia sembunyi dalam bonet kereta untuk rentas negeri
Tindakan nekad seorang wanita warga Indonesia tanpa dokumen yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan, merentas negeri tanpa kebenaran untuk berjumpa dengan suaminya di Rembia, Alor Gajah, dengan menyorok di dalam bonet kereta berjaya dikesan polis.
(Gambar: Info Roadblock JPJ/Facebook/POLIS menerusi BERNAMA)
ALOR GAJAH: Tindakan nekad seorang wanita warga Indonesia tanpa dokumen yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan, merentas negeri tanpa kebenaran untuk berjumpa dengan suaminya di Rembia, Alor Gajah, dengan menyorok di dalam bonet kereta berjaya dikesan polis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata wanita berusia 23 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki yang merupakan pemandu kenderaan sewa berusia 27 tahun yang beralamat di Seremban, dalam satu kejadian kira-kira pukul 2.30 petang di Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah.
“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sebelum itu berada di tempat duduk belakang kenderaan yang ditumpanginya dan bertindak masuk ke dalam bonet kenderaan itu beberapa meter sebelum sampai ke sekatan jalan raya di plaza tol berkenaan.
“Wanita berkenaan ditemui di dalam bonet kereta tersebut dalam keadaan berbaring ketika pemeriksaan anggota keselamatan di sekatan jalan raya plaza tol tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (12 Mei).
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan nekad mengambil tindakan sedemikian selepas setahun tidak bertemu dengan suaminya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.