Polis M'sia sudah batalkan pasport Sajat, teruskan proses untuk dibawa pulang
Usahawan kosmetik Malaysia yang kini menjadi buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dilaporkan berada di Bangkok dengan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Gambar: Instagram/Nur Sajat
KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Malaysia yang kini menjadi buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dilaporkan berada di Bangkok dengan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendedahkan kad orang pelarian Nur Sajat itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan, Nur Sajat memperolehi kad pelarian itu dengan bantuan ibu pejabat UNHCR di Malaysia dan sedang menunggu tawaran negara ketiga.
Bagaimanapun pihak imigresen Malaysia sudah membatalkan pasport antarabangsa Nur Sajat.
Dalam sidang media siang tadi (24 Sep), polis Malaysia juga menjelaskan kes Nur Sajat membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis.
Maka itu polis Malaysia akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan perjanjian dua hala membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan antara negara satu sama lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.