Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia siasat rakaman video tular bebola daging 'berinti' dadah

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman klip video yang menunjukkan buntil-buntil plastik yang dipercayai mengandungi dadah disorok di dalam bebola daging, yang tular di laman sosial baru-baru ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia siasat rakaman video tular bebola daging 'berinti' dadah

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 09:57PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 09:59PM

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman klip video yang menunjukkan buntil-buntil plastik yang dipercayai mengandungi dadah disorok di dalam bebola daging, yang tular di laman sosial baru-baru ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Encik Mohd Khalil Kader Mohd berkata risikan serta siasatan lanjut dijalankan walaupun polis belum menerima sebarang laporan berhubung penularan klip video berkenaan. 

"Kami masih belum lagi menerima sebarang laporan berhubung video itu dan hanya mengetahuinya setelah ia tular di laman sosial," katanya kepada Bernama di sini, hari ini (21 Sep).

"Saya sudah beri arahan kepada pegawai saya untuk buat semakan dan risikan, tetapi kalau dilihat pada video itu, saya tidak pasti sama ada ia berlaku dalam negara atau luar negara,” kata beliau, yang kemudiannya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil makanan yang ditawarkan oleh individu tidak dikenali seperti yang dipaparkan dalam klip video itu.

Rakaman klip video yang berdurasi seminit dan 29 saat yang baru-baru ini menjadi tular di laman-laman sosial itu memaparkan seorang wanita menghiris beberapa bebola daging sebelum mengeluarkan buntil plastik kecil dipercayai mengandungi dadah.

Setiap satu bebola daging itu didapati mengandungi satu buntil yang dibalut dengan plastik berwarna hijau dan putih.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan