Skip to main content

Dunia

Polis M'sia sangkal dakwaan tiada kawalan pergerakan, jarak sosial di sesetengah kawasan Johor Bahru

Polis Johor hari ini (16 Apr) menyangkal dakwaan tiada penguatkuasaan kawalan pergerakan dan jarak sosial oleh pihak berkuasa di beberapa tempat di Johor Bahru seperti yang tular dalam laman sosial Facebook sejak Rabu (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia sangkal dakwaan tiada kawalan pergerakan, jarak sosial di sesetengah kawasan Johor Bahru

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Apr 2020 04:36PM Dikemas Kini : 16 Apr 2020 04:38PM

JOHOR BAHRU: Polis Johor hari ini (16 Apr) menyangkal dakwaan tiada penguatkuasaan kawalan pergerakan dan jarak sosial oleh pihak berkuasa di beberapa tempat di Johor Bahru seperti yang tular dalam laman sosial Facebook sejak Rabu (15 Apr).

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pemeriksaan yang dilakukan di tempat-tempat yang dinyatakan itu mendapati bahawa terdapat pematuhan jarak sosial sekali gus menafikan tuduhan berkenaan.

"Kita telah semak lokasi yang telah dinyatakan doktor berkenaan iaitu di Pasar Larkin, kedai serbaneka Taman Bukit Mutiara serta sebuah pasar raya di Taman Daya dan berdasarkan semakan memang ada jarak sosial, jadi dakwaan doktor berkenaan tidak tepat.

"Untuk makluman juga, kita telah menangkap 2,503 orang sepanjang PKP dilaksanakan, jadi dakwaan yang cakap polis tidak ambil tindakan (tidak benar)," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Encik Ayob Khan turut menafikan dakwaan oleh doktor wanita berkenaan yang mendakwa polis tidak melakukan kerja dan hanya duduk di pejabat sahaja.

Jelasnya, sepanjang PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, seramai 3,765 pegawai dan anggota polis ditugaskan di sekatan jalan raya, kawasan kuarantin, hospital dan seumpamanya.

Encik Ayob Khan berkata pihaknya turut dibantu 1,575 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam terutama golongan profesional agar menyemak terlebih dahulu fakta sebelum menularkan sesuatu video atau gambar sehingga mengelirukan masyarakat. 

"Kita juga telah semak latar belakang doktor berkenaan, dia bukan bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dia pun buat video (aduan) berdasarkan cakap orang lain (pesakit) bukan dia pergi tengok sendiri.

"Jadi saya tegaskan kalau nak buat aduan boleh, kita alu-alukan tetapi pastikan fakta itu betul," katanya.

Encik Ayob Khan turut mengulas mengenai satu video tular sepanjang 12 minit yang dipercayai dimuat naik oleh seorang doktor swasta mengenai beberapa kawasan awam yang dipercayai dikunjungi orang ramai tanpa mengamalkan jarak sosial yang dicadangkan.

Dalam perkembangan sama, beliau menafikan gambar tular di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang didakwa tidak mengamalkan jarak sosial terhadap tahanan PKP, sebaliknya menjelaskan tahanan yang baru sampai ketika itu sedang menjalani proses dokumentasi dan turut mengamalkan jarak sosial.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita