Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia sahkan terima laporan bayi tertukar di Shah Alam

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta di Seksyen 13 Shah Alam pada Sabtu (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia sahkan terima laporan bayi tertukar di Shah Alam

Gambar hiasan seorang bayi. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Jun 2021 08:22AM Dikemas Kini : 14 Jun 2021 08:23AM

SHAH ALAM: Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta di Seksyen 13 Shah Alam pada Sabtu (12 Jun).

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kedua-dua pihak, bapa kepada dua bayi berkenaan, antaranya suami kepada usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 9.00 pagi semalam.

“Pihak polis IPD Shah Alam telah menjalankan siasatan awal dan pihak kami telah merujuk kepada bahagian perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan juga bahagian perundangan JSJ Bukit Aman dan telah diputuskan bahawa kes ini, tiada unsur jenayah yang berlaku,” katanya ketika dihubungi wartawan pada Ahad (13 Jun).

Menurut laporan media, suami Siti Suriani pada Sabtu lalu menyedari nama ibu pada tanda nama di kaki bayi tersebut bukan nama isterinya, tetapi nama wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

Terdahulu, Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall, melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital berkenaan pada awal pagi Jumaat (11 Jun) manakala tanda nama di kaki bayi itu tertera nama wanita lain dan waktu dilahirkan pada 3.02 petang, Khamis (10 Jun).

Tanpa menyedari bayi berkenaan tertukar, pihak hospital telah membenarkan Siti Suriani serta bayi tersebut pulang ke rumah pada Sabtu.

Kejadian berkenaan tular menerusi media sosial berikutan perkongsian Siti Suriani di Facebook Live pada pukul 7.40 malam pada Sabtu yang mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.

Menerusi Facebook Live itu, Siti Suriani turut memaklumkan dia sudah menemui semula bayinya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan