Polis M'sia sahkan buka kertas siasatan isu gangguan seksual libatkan pendakwah terkenal
Bukit Aman mengesahkan satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal dibuka.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal dibuka.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan, siasatan dijalankan dan tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
“Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis (23 Sep).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.