Polis M'sia rampas rokok seludup dianggar bernilai RM1.11 juta
Gara-gara panik setelah melihat kehadiran polis, seorang lelaki lari meninggalkan sebuah lori yang berisi 7,400 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.11 juta (S$360,376) di jalan utama berhampiran Kampung Padang pada Jumaat lepas (5 Nov).
(Gambar: BERNAMA)
KUANTAN: Gara-gara panik setelah melihat kehadiran polis, seorang lelaki lari meninggalkan sebuah lori yang berisi 7,400 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.11 juta (S$360,376) di jalan utama berhampiran Kampung Padang pada Jumaat lepas (5 Nov).
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku pada pukul 6.50 pagi ketika Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan melakukan serbuan ke atas lori tersebut berdasarkan hasil maklumat orang awam.
"Lori itu diletakkan di kawasan berhampiran semak dan suspek yang menyedari kehadiran polis meninggalkan kenderaan tersebut dalam keadaan tidak berkunci.
"Serangkai anak kunci di bahagian tengah antara tempat duduk dapat membuka mangga di belakang lori yang kemudiannya menemukan rokok dipercayai diseludup dari negara jiran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini (7 Nov).
Encik Ramli berkata siasatan juga mendapati lori itu menggunakan nombor pendaftaran palsu iaitu milik lori sebuah kilang plastik di Tebrau, Johor.
Beliau berkata kesemua rokok yang dirampas tersebut dipercayai diseludup bagi pasaran Pahang dan negeri berhampiran dengan nilai jualan sekitar RM7 (S$2.27)hingga RM10 (S$3.25) sekotak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.