Polis M'sia rampas lebih 1,200 karton rokok seludup
Sebanyak 1,271 karton rokok putih seludup berjaya dirampas pihak polis melalui serbuan ke atas sebuah rumah di Parit Yaani, Batu Pahat.

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,271 karton rokok putih seludup berjaya dirampas pihak polis melalui serbuan ke atas sebuah rumah di Parit Yaani, Batu Pahat.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan dilakukan pada Selasa (26 Mac), sekitar 11.20 malam menyusuli hasil risikan pihaknya.
Rumah berkenaan dipercayai dijadikan sebagai stor transit kepada rokok seludup dari negara jiran sebelum diagihkan kepada pasaran tempatan.
“Dalang terlibat sedang dikenal pasti dan semua rampasan rokok dianggarkan bernilai RM128,691.36 (S$42,800),” kata ACP Paul kepada pihak media hari ini (28 Mac).
Beliau selanjutnya menyeru masyarakat, terutama yang mendiami kawasan pesisir atau mengetahui kegiatan menyalahi undang-undang, agar segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan usaha pembanterasan dijalankan sepenuhnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.