Skip to main content

Dunia

Polis M'sia pantau pusat pengajian agama elak insiden dera

Polis meningkatkan pemantauan di semua pusat pengajian agama termasuk pusat tahfiz bagi mengelakkan kejadian dera daripada berlaku.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia pantau pusat pengajian agama elak insiden dera

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Mar 2019 08:30PM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 08:32PM

KUANTAN: Polis meningkatkan pemantauan di semua pusat pengajian agama termasuk pusat tahfiz bagi mengelakkan kejadian dera daripada berlaku.

Ketua Polis Pahang Mohd Zakaria Ahmad berkata pemantauan itu juga melibatkan pusat tahfiz yang tidak berdaftar kerana kebajikan kanak-kanak tetap perlu dilindungi.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Kita sudah menugaskan anggota untuk melakukan lawatan dan pemantauan di pusat pengajian agama bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku.

"Ibu bapa dan pelajar juga diminta melaporkan langsung kepada pihak polis sekiranya terdapat salah laku seperti kes dera dan sebagainya. Tidak perlu takut kerana kita akan menyiasat setiap aduan," katanya.

Encik Mohd Zakaria juga memaklumkan pihaknya masih berusaha mengesan seorang suspek berusia 46 tahun yang digelar sebagai Ustaz Zainal Abidin bagi membantu siasatan kes dera dua pelajar pusat tahfiz tidak berdaftar di Jaya Gading pada 15 Mac.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita