Skip to main content

Dunia

Polis M'sia lancar siasatan ke atas tuduhan salah laku seksual baru terhadap ahli politik kanan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun memanggil seorang lelaki bagi memberikan keterangan pada Selasa (18 Ogos) berkaitan pendedahan yang mendakwa dirinya dibayar oleh seorang ahli politik untuk melakukan perbuatan liwat.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia lancar siasatan ke atas tuduhan salah laku seksual baru terhadap ahli politik kanan

Ketua Polis Negara Malaysia, Abdul Hamid Bador. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Aug 2020 04:53PM Dikemas Kini : 19 Aug 2020 04:57PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun memanggil seorang lelaki bagi memberikan keterangan pada Selasa (18 Ogos) berkaitan pendedahan yang mendakwa dirinya dibayar oleh seorang ahli politik untuk melakukan perbuatan liwat.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan pendedahan yang dibuat dalam bentuk akuan berkanun (SD) tersebut adalah tulen.  

Beliau berkata pesuruhjaya sumpah berkaitan SD itu turut diambil kenyataannya kelmarin untuk memastikan akuan tersebut adalah tulen dan individu berkenaan akan dipanggil semula bagi memberikan kerjasama dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan SD bertarikh 29 Jun lalu yang mendedahkan seorang lelaki dibayar sebanyak RM300 (S$100) oleh seorang ahli politik tempatan untuk melakukan hubungan songsang di sebuah hotel di Subang pada 2013. 

Media tempatan melaporkan perbuatan itu berlaku sekitar tujuh tahun lalu. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita