Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia berjaya tumpaskan kumpulan Lutong yang aktif curi motosikal

Kumpulan Lutong yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal di daerah Kerian sejak awal tahun ini ditumpaskan dengan penangkapan semua anggota kumpulan itu, kata Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia berjaya tumpaskan kumpulan Lutong yang aktif curi motosikal

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 05:01PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 05:05PM

BAGAN SERAI: Kumpulan Lutong yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal di daerah Kerian sejak awal tahun ini ditumpaskan dengan penangkapan semua anggota kumpulan itu, kata Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob.

Beliau berkata semua lapan anggota kumpulan itu berusia 16 tahun dan seorang ketuanya yang berusia 20 tahun dikenali sebagai Lutong diberkas di beberapa lokasi dalam Op Lejang, 26 Okt lepas.

Menurutnya, lima daripada anggota kumpulan itu ialah pelajar sekolah, manakala ketuanya bekerja di sebuah kedai emas di Pulau Pinang.

"Kumpulan itu menyasarkan motosikal jenis Honda Ex5 serta Honda Wave dan mereka melakukan kegiatan itu antara jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan jam 10.00 malam hingga awal pagi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, hari ini (7 Nov).

Menurut Encik Omar, modus operandi kumpulan itu adalah dengan mengunakan kunci yang diubah suai dan pemutar skru serta mencabut wayar suis untuk menghidupkan enjin motosikal yang dicuri.

“Motosikal yang dicuri dileraikan di rumah ketua kumpulan di Kampung Perlis yang menjadi pusat kegiatan berkenaan, manakala rangka motosikal dibuang di kawasan kelapa sawit di sekitar Bukit Merah,” katanya.

Katanya, komponen motosikal seperti enjin dan rim dijual menerusi aplikasi Wechat dan WhatsApp dengan harga antara RM150 (S$49.34) hingga RM250 (S$82.23) kepada pembeli di kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Encik Omar berkata dengan tumpasnya kumpulan itu, polis percaya bahawa lapan kes curi motosikal sekitar Alor Pongsu, Bukit Merah, Bagan Serai, Semanggol, Parit Buntar dan kawasan Rehat dan Rawat (RR) Semanggol sudah selesai.

Menurutnya, ketua kumpulan itu mempunyai satu rekod jenayah curi, manakala lapan lagi remaja tiada rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah.

Katanya semua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara setahun dan tidak lebih tiga tahun serta didenda.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan