Skip to main content

Dunia

Polis M'sia akan panggil Zahid, Anwar beri keterangan berhubung rakaman audio

olis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan berhubung rakaman perbualan audio yang dikaitkan dengan kedua-dua mereka, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia akan panggil Zahid, Anwar beri keterangan berhubung rakaman audio

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 10 Apr 2021 02:39PM Dikemas Kini : 10 Apr 2021 02:47PM

KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan berhubung rakaman perbualan audio yang dikaitkan dengan kedua-dua mereka, yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata ia adalah tindakan yang perlu diambil dan apabila tiba masa yang sesuai, pegawai penyiasat akan merakamkan kenyataan kedua-dua mereka.

“Sekiranya mereka merasakan diri mereka teraniaya atau difitnah, mereka boleh tampil untuk membuat aduan, kertas siasatan dijalankan melalui sudut ini,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor, di Tapak Padang Surau An-Nur pada Sabtu (10 Apr).

Beliau berkata sekiranya terdapat banyak laporan mengenai perkara itu dibuat oleh orang ramai kerana merasa tertekan, cemas dan gempar, maka pihak polis mempunyai sebab untuk membuka kertas siasatan dan menyiasat perkara itu.

Katanya kertas siasatan telah pun dibuka berkenaan rakaman berkenaan, dan rakaman audio telah dihantar ke makmal forensik untuk mengesahkan kesahihannya.

Rakaman audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Encik Zahid dan Encik Anwar tersebar itu telah tersebar dengan meluas di media sosial dan blog, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis itu berkata beliau tidak dapat memberikan tempoh berapa lama masa akan diambil untuk analisis rakaman audio berkenaan. 

“Dalam apa juga kes kita cuba dapatkan penyelesaian yang cepat agar siasatan itu disegerakan,” katanya.

“Hasil analisa akan diangkat kepada Jabatan Peguam Negara,” tambahnya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita