Skip to main content

Dunia

Polis lepaskan gas pemedih mata surai penunjuk perasaan susuli nahas kereta api di Greece

Anggaran Waktu Membaca:
Polis lepaskan gas pemedih mata surai penunjuk perasaan susuli nahas kereta api di Greece

(Gambar: Louisa GOULIAMAKI / AFP)

ATHENS/TEMPI: Beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Greece, menuntut keadilan ke atas sekurang-kurangnya 57 orang yang maut dalam bencana kereta api terburuk di negara itu.

Kemalangan yang berlaku pada Selasa lalu (28 Feb) itu melibatkan pertembungan antara sebuah kereta api penumpang dengan sebuah kereta api muatan.

Polis bertempur dengan para penunjuk perasaan, sedang amarah orang ramai semakin meluap-luap terhadap keselamatan kereta api yang lemah dan salah urus pemerintah.

Para pegawai melepaskan gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah penunjuk perasaan yang membaling batu serta bom petrol.

Lebih 5,000 pelajar membanjiri jalan-jalan raya di Athens pada Jumaat (3 Mac) menyusuli bantahan sejak dua hari lalu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di Thessaloniki, iaitu bandar kedua terbesar di Greece, dan Larissa.

Kebanyakan daripada 350 penumpang dalam kereta api itu adalah pelajar yang dalam perjalanan pulang ke Thessaloniki dari ibu negara, selepas cuti hujung minggu yang panjang.

Polis berkata 52 mayat sudah dikenali pasti setakat ini, hampir kesemuanya daripada ujian DNA.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita