Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Korea Selatan siasat 193 kes 'bayi hantu'; 11 disahkan maut

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Korea Selatan siasat 193 kes 'bayi hantu'; 11 disahkan maut

(Gambar Fail: AFP)

Diterbitkan : 04 Jul 2023 07:03PM Dikemas Kini : 04 Jul 2023 07:07PM
SEOUL: Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan sedang menyiasat 193 kes bayi tidak berdaftar semasa dilahirkan, kata pegawai pada Selasa (4 Jul), di tengah-tengah peningkatan kes penderaan kanak-kanak, termasuk penemuan mengejutkan dua jasad bayi baru lahir yang disimpan di peti sejuk.

Polis sedang memperluaskan siasatan ke atas kes "bayi hantu" yang mempunyai rekod perubatan kelahiran tetapi tiada pendaftaran kelahiran rasmi.

Siasatan itu susulan tindakan kerajaan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memeriksa kesejahteraan lebih 2,000 bayi yang tidak berdaftar, menurut agensi berita Yonhap.

Kempen itu dibuat selepas seorang ibu ditahan bulan lalu atas tuduhan mencekik dua bayinya yang baru lahir, masing-masing pada 2018 dan 2019 dan secara rahsia menyimpan jasad berkenaan di dalam peti sejuk di pangsapurinya di Suwon, yang terletak 30 kilometer selatan Seoul.

Pegawai berkata agensi polis menerima 209 kes bayi hantu setakat ini, dengan 193 daripadanya kini dalam siasatan.

Daripada jumlah itu, 20 sudahpun dikesan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan 178 yang lain, katanya.

11 daripada bayi itu disahkan meninggal dunia, tujuh tanpa sebarang unsur khianat. Baki empat kes masih dalam siasatan kerana disyaki jenayah.

Daripada 20 kanak-kanak yang lokasinya sudah ditemui, sembilan masih hidup dan didapati dijaga dengan baik menyebabkan kes mereka ditolak, kata pegawai, seperti dipetik laporan Yonhap.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan