Skip to main content

Dunia

Polis Korea Selatan serbu Lapangan Terbang Muan buat hari kedua berhubung nahas Jeju Air

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Korea Selatan serbu Lapangan Terbang Muan buat hari kedua berhubung nahas Jeju Air

Gambar: YONHAP / AFP

Diterbitkan : 04 Jan 2025 07:33AM Dikemas Kini : 04 Jan 2025 07:35AM
MUAN: Polis Korea Selatan menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat (3 Jan) berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat lapangan terbang di barat daya Korea Selatan awal pagi Jumaat untuk mendapatkan bahan berkaitan nahas pesawat itu.

Pada Khamis, polis turut menghantar kira-kira 30 penyiasat untuk menggeledah pejabat Jeju Air di Seoul dan pejabat Muan di Pejabat Wilayah Penerbangan Busan pada 9.00 pagi, sebelum operasi itu selesai pada 2.00 petang dan 7.00 malam hari yang sama.

Polis sedang mendapatkan bukti berkaitan kesahihan sistem pendaratan "localiser" lapangan terbang, dinding konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan, serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sejurus sebelum nahas berlaku.

Mereka juga sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera pengawasan berhampiran landasan, selain rekod berkaitan operasi dan penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Waran geledah itu dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, menurut pegawai.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita