Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Korea Selatan berkas wanita didakwa bunuh 2 anak di New Zealand; simpan mayat dalam beg

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Korea Selatan berkas wanita didakwa bunuh 2 anak di New Zealand; simpan mayat dalam beg

Penyiasat polis New Zealand di tempat kejadian di Auckland, New Zealand, pada 11 Ogos 2022 selepas mayat ditemui dalam beg pakaian. (Gambar: Dean Purcell/New Zealand Herald melalui AP)

Diterbitkan : 15 Sep 2022 11:45AM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 11:45AM
SEOUL: Polis Korea Selatan menyatakan pihaknya pada Khamis (15 Sep) memberkas seorang wanita dipercayai ibu kepada dua anak, yang mana mayat mereka ditemui di dalam beg pakaian di New Zealand pada bulan lalu.

Warga New Zealand yang dilahirkan di Korea itu didakwa atas kesalahan membunuh.

Wanita dalam lingkungan usia 40-an tahun itu ditangkap di bandar tenggara Ulsan pada awal hari Khamis selepas agensi polis global, Interpol, mengeluarkan notis merah, menurut Agensi Polis Nasional Korea dalam laporan Reuters.
Wanita itu disyaki meninggalkan Korea Selatan pada 2018 selepas membunuh anak-anaknya, ketika itu berusia tujuh dan 10 tahun, di Auckland, menurut pihak berkuasa.

Mahkamah Korea Selatan akan menilai sama ada untuk menghantar pulang suspek itu ke New Zealand, tambahnya.
Polis New Zealand melancarkan satu siasatan pembunuhan di Auckland selepas mayat dua orang kanak-kanak itu ditemui oleh sebuah keluarga yang membeli beg pakaian tersebut.

Keluarga yang menemui mayat-mayat tersebut tiada kaitan dengan kes kematian ini.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa