Polis KL pertingkat rondaan, kawal penggunaan mercun sempena Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan meningkatkan rondaan serta risikan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa ini (17 Feb) bagi membanteras penggunaan mercun tanpa kebenaran yang boleh menjejas ketenteraman awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata pihaknya sering menerima aduan berkaitan pembakaran mercun pada waktu tengah malam yang mengganggu masyarakat, khususnya di kawasan perumahan.
Beliau berkata, penggunaan mercun tanpa permit adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, dan tindakan penguatkuasaan boleh diambil termasuk tangkapan, dipetik daripada agensi berita BH Online.
"Penggunaan mercun tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan. Polis akan meningkatkan rondaan, pemerhatian serta risikan bagi memastikan pematuhan undang-undang ini.
"Tindakan serta-merta boleh diambil sekiranya terdapat individu yang memiliki atau menggunakan mercun tanpa kebenaran," katanya ketika ditemui selepas selesai Himpunan Aman #TangkapAzamBaki di Dataran Merdeka pada Ahad (15 Feb), lapor BH Online.
Encik Fadil menegaskan, hanya mercun jenis mudah seperti 'pop-pop' dan 'happy boom' dibenarkan digunakan tanpa kebenaran khas, manakala mercun berskala lebih besar memerlukan permit polis.
"Jenis mercun yang dibenarkan tanpa permit hanyalah mercun mudah seperti 'pop-pop' dan 'boom'. Bagi mercun yang lebih besar, kebenaran polis diperlukan dan permohonan permit masih diterima serta diproses seperti biasa.
"Kita berharap orang ramai dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan dan ketenteraman bersama," katanya, menurut BH Online.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat, terutama dalam memastikan keharmonian persekitaran sepanjang musim perayaan.
"Polis meminta kerjasama orang ramai supaya menghentikan amalan membakar mercun pada waktu tengah malam kerana ia mengganggu segmen masyarakat lain, khususnya di kawasan perumahan.
"Tanggungjawab menjaga ketenteraman bukan hanya terletak pada pihak penguatkuasaan, tetapi juga memerlukan kesedaran bersama," katanya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.