Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis kenal pasti identiti suspek kes samun dalam lif MRT

Polis Malaysia sudahpun mengenal pasti identiti suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras pada Khamis (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kenal pasti identiti suspek kes samun dalam lif MRT

Petikan rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita dirompak dalam lif (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 11:38PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 11:40PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sudahpun mengenal pasti identiti suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras pada Khamis (14 Feb).

Pada Isnin (18 Feb), Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata polis sudahpun mempunyai maklumat peribadi suspek, termasuk alamat rumahnya.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh mendedahkan butiran lanjut suspek warga tempatan itu kerana ia akan menjejaskan siasatan kami dalam kes ini.

“Hasil siasatan kami mendapati suspek telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam pada kira-kira 6.30 pagi itu (14 Feb), berhampiran stesen MRT berkenaan, sebelum menyamun mangsa di dalam lif,” katanya semasa satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada Khamis (14 Feb), seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam insiden samun dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.

Dalam insiden itu, suspek mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa, berkata mangsa mengalami kecederaan dengan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) selama 57 saat, yang memaparkan tindakan suspek memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam lif itu, turut tular di laman sosial.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan