Skip to main content

Dunia

Polis Kelantan tingkatkan kawalan sempadan berikutan Sungai Golok mulai kering

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang musim kemarau, dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis negeri Muhamad Zaki Harun berkata, kawalan keselamatan berkenaan menerusi rondaan akan terus dipergiatkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyeberang sempadan secara haram susulan air cetek di sungai berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan paras air Sungai Golok mulai kering akibat kemarau melibatkan beberapa kawasan seperti Kampung Chabang Tiga Bagus dan Lubok Gong di Pasir Mas, Kelantan.

"Kalau hendak masuk ke kawasan sempadan mesti ada permit yang sah sama ada naik kereta atau motosikal," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kota Bharu pada Ahad (24 Mac).
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita