Polis Kelantan serbu tiga buah rumah dipercayai jadi penempatan keluarga CEO GISB
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KOTA BHARU: Polis Kelantan menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Kampung Panji, pada Sabtu (21 Sep).
Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan itu, bermula pada 6.30 pagi Sabtu dan berakhir kira-kira 9 pagi.
Operasi terbabit mendapati kira-kira 30 penghuni termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak mendiami tiga kediaman di Kelantan itu.
Polis turut merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISB yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain ada yang turut dibakar.
Agensi berita tempatan difahamkan rumah berkenaan menjadi tempat menginap ahli GISB sejak puluhan tahun, dengan penghuni yang bertukar ganti.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Malaysia Razarudin Husain ketika dihubungi memaklumkan operasi hari ini diadakan secara besar-besaran di beberapa negeri termasuk Kelantan.
Beliau berkata perincian mengenai operasi itu akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Sumber : Bernama/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.