Skip to main content

Dunia

Polis Kedah tahan 3 pelajar, 1 bekas penuntut disyaki terlibat kes rogol bawah umur

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu aduan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam pada Ahad lalu.

“Pada 11.00 pagi hari yang sama, pengadu telah dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan satu rakaman bogel.

“Polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar bagi membantu siasatan. Hasil siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata kesemua suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular berkenaan dan polis sudah merampas enam telefon bimbit suspek.

“Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh ditangkap (12 Okt) bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan menghantar pornogafi kanak-kanak.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.
Sumber : Bernama/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita