Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis kawal ketat sempadan demi banteras penyeludupan mercun, bunga api

Kawalan di sempadan Malaysia dipertingkat bagi mengelak kemasukan mercun dan bunga api secara haram menjelang Aidilfitri ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kawal ketat sempadan demi banteras penyeludupan mercun, bunga api

(Gambar hiasan: Malaysian Times)

Diterbitkan : 17 May 2019 08:56AM Dikemas Kini : 17 May 2019 08:59AM

KUALA LUMPUR: Kawalan di sempadan Malaysia dipertingkat bagi mengelak kemasukan mercun dan bunga api secara haram menjelang Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tugas pemantauan serta risikan dilipatgandakan supaya aktiviti penyeludupan dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

Penyeludup akan mengambil peluang membawa masuk mercun dan bunga api terutama pada bulan Ramadan berikutan permintaan yang tinggi.

“Sekarang kita (polis) beri tumpuan untuk kekang penyeludupan mercun dan bunga api kerana barangan ini popular pada Hari Raya jadi permintaannya tinggi.

“Polis tidak mahu barang terlarang termasuk mercun masuk ke dalam negara,” katanya pada Khamis (15 Mei).

Encik Acryl menambah bahawa pihaknya mengesan terdapat kumpulan kecil yang membawa masuk mercun ke dalam negara untuk dijual.

“Mereka ini mungkin individu yang membuat kerja ‘sambilan’ jual mercun pada bulan Ramadan. Sekarang fokus kita (polis) adalah untuk mencari sindiket penyeludupan yang berskala besar,” jelasnya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa