Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis jumpa nota misteri di motosikal milik suspek pengeboman Bandung

Anggaran Waktu Membaca:
Polis jumpa nota misteri di motosikal milik suspek pengeboman Bandung

(Gambar: AFP/Timur Matahari)

Diterbitkan : 07 Dec 2022 07:04PM Dikemas Kini : 03 Aug 2023 10:10PM
BANDUNG: Dua orang maut dan lapan anggota polis cedera selepas satu letupan di sebuah balai polis di Bandung, Jawa Barat Indonesia pada pagi Rabu (7 Dis).

Dua yang mati adalah pengebom nekad tersebut dan seorang anggota polis.

Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo berkata,hasil pemeriksaan cap jari dan pengecaman wajah, pengebom itu ialah Agus Sujatno atau lebih dikenali sebagai Agus Muslim yang ada kaitan dengan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah yang telah berjanji setia kepada kumpulan pengganas ISIS.

Agus pernah dipenjara selama empat tahun bagi kesalahan pengganasan, dan dibebaskan pada Mac tahun lalu.

Dia dilapor masih berstatus "merah" walaupun sudah bebas daripada penjara.

Menurut polis, Agus membawa dua bom ke tapak serangan, namun hanya sempat meletupkan satu bom sahaja.
Sementara itu, polis menemui nota yang dipercayai ditinggalkan penyerang di sebuah motosikal biru yang dijumpai di lokasi pengoboman.

Ketua Polis Jawa Barat, Suntana dipetik sebagai berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap motosikal berkenaan, yang dipercayai digunakan suspek.

Nota tersebut mengandungi mesej menolak undang-undang jenayah baru yang diumumkan di Indonesia pada Selasa (6 Dis).
“Ada nota di motosikal itu yang berbunyi, kanun jenayah itu adalah produk syirik, undang-undang itu harus dihapuskan,” kata Encik Aswin, sambil menambah penyerang dipercayai membawa dua bom ke lokasi kejadian. Namun, hanya satu sahaja yang diletupkan.

Indonesia, sering menjadi tumpuan kumpulan pengganas, dan adakalanya anggota polis menjadi tumpuan mereka.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan