Polis Johor tumpas sindiket tipu kerja sasar warga SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: CNA/Jeremy Long
JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan pekerjaan dengan penahanan empat warga Singapura dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perling, pada 26 Jun lalu.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata tiga lelaki dan seorang wanita berusia 27 hingga 40 tahun itu ditahan hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Kontinjen Johor.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dan melibatkan kerugian berjumlah S$2.9 juta, menyasarkan mangsa warga Singapura.
"Sindiket ini menawarkan peluang pekerjaan tidak wujud di Singapura. Seramai 59 warga republik itu telah menjadi mangsa, namun ia tidak melibatkan mangsa atau menggunakan akaun bank Malaysia," katanya pada sidang media pada Jumaat.
Menurut Encik Kamarul Zaman, sindiket itu menjadikan Johor sebagai lokasi panggilan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Menurutnya, tiga lelaki itu diserahkan kepada Polis Singapura pada 30 Jun lalu untuk tindakan lanjut, manakala wanita pula pada 5 Julai iaitu selepas Mahkamah Singapura mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.