Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor tingkat pantauan, rondaan sempena Krismas dan Tahun Baru

Polis Johor meningkatkan pemantauan dan rondaan di pusat-pusat tumpuan orang ramai bagi mengekang kejadian jenayah daripada berlaku bersempena sambutan perayaan Krismas dan tahun baru yang akan tiba tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor tingkat pantauan, rondaan sempena Krismas dan Tahun Baru

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2018 01:46PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 01:51PM

JOHOR BAHRU: Polis Johor meningkatkan pemantauan dan rondaan di pusat-pusat tumpuan orang ramai bagi mengekang kejadian jenayah daripada berlaku bersempena sambutan perayaan Krismas dan tahun baru yang akan tiba tidak lama lagi.

Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd turut memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Johor setakat ini pada tahap yang baik, aman dan sejahtera.

"Seluruh masyarakat disarankan agar sentiasa menjaga keselamatan diri, harta benda dan keluarga, bagi yang pulang ke kampung halaman berhati-hati ketika memandu dan memaklumkan ketiadaan anda kepada jiran.

"Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian dan tahun baru kepada seluruh masyarakat di Malaysia khususnya negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin (24 Dis).

Beliau turut menyarankan agar orang ramai memanfaatkan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ataupun pergi ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat jenayah di sekeliling mereka.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan